AL IMAM : Perintis Persuratkhabaran Melayu
Al-Imam merupakan sebuah majalah tulisan jawi
yang mula diterbitkan pada awal abad ke-20. Majalah ini diterbitkan di
Singapura sebanyak 31 keluaran. Terdapat empat tokoh utama yang menerbitkan
majalah Al-Imam. Mereka ialah Sheikh Tahir Jalaludin , Syed Sheikh Ahmad
Al-Hadi, Haji Abbas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali.
Mereka ini merupakan tokoh reformis Islam yang
membawa satu perubahan kepada bangsa Melayu pada ketika itu. Tujuan utama
majalah Al-Imam diterbitkan adalah untuk mengingatkan perkara yang membawa
kepada kebaikan dan menyampaikan kebajikan kepada orang Melayu.
Al-Imam telah membawa satu wadah perjuangan
gerakan reformis Islam di negeri-negeri Melayu. Majalah ini bukanlah sebuah
majalah yang biasa-biasa tetapi ianya satu alat untuk menyedarkan masyarakat Melayu
yang alpa pada ketika itu. Justeru, Al-Imam selayaknya digelar sebagai perintis
persuratkhabaran Melayu.
Pada dasarnya, Al-Imam menumpukan kepada
masalah agama. Al-Imam menyeru orang
Melayu berpegang kepada Al-Quran dan Hadis. Al-Imam dalam setiap terbitannya
sentiasa menyentuh isu soal sebab-sebab kemunduran umat Islam terutamanya
bangsa Melayu dan mengecam sifat-sifat bangsa Melayu yang terkebelakang,
dijajah bangsa lain, dan suka berselisih sesama sendiri. Gagasan utama yang cuba diketengahkan dalam
Majalah Al-Imam adalah mengenai kemunduran orang Melayu dan langkah-langkah
untuk mengatasi permasalahan tersebut.
Al-Imam menekan akan pentingnya pelajaran
sebagai kunci utama kesedaran dan kemajuan satu-satu bangsa. Al-Imam juga menyentuh soal sosial, ekonomi
dan politik Melayu. Perkara sosial yang disentuh berkenaan pendidikan orang
Melayu dan sikap orang Melayu yang tidak bersatu padu di samping suka
bergantung kepada usaha-usaha bangsa lain dalam kebanyakan hal terutamanya
dalam soal ekonomi.
Dari aspek politik pula, Al-Imam menyindir
pihak penjajah serta peranan raja-raja dan pembesar Melayu. Secara kritisnya,
Al-Imam telah mengupas mengenai masalah orang Melayu.
Akhbar ini merupakan akhbar Melayu pertama
yang mengandungi pemikiran yang menyeru kepada perubahan sosial dalam
masyarakat dengan memasukkan unsur politik dalam tulisan yang diterbitkan.
Harrah's Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteThe Harrah's Casino & 경주 출장샵 Hotel has 4,748 spacious rooms with floor-to-ceiling windows, over 3,000 충주 출장안마 slot machines, 여주 출장샵 over 50 table games, 광주 출장마사지 and an all-new 울산광역 출장마사지