Saturday, 25 June 2016

BEIJING HERE WE GO!

31st July
Bertolak sekitar pukul 7pm. Dan tiba di Beijing Capital International Airport pada pukul 12.40am. Mr. Aziz (pelajar Cina) monitor the trip dan sampai di BFSU sekitar 3a.m.

1st August
Paginya bersarapan di cafeteria BFSU. Sesi pendaftaran masuk. Laoshe bagi simkad (RMB50) dan kad makan untuk kemudahan selama sebulan di China.

Trip nie sangat excited. Letih. Tapi still rasa nak explore tempat-tempat menarik. First datang, terkejut! Toilet dan bilik mandi dia takde pintu. Ini RARE. Pengalaman baru dalam hidup. T.T haha. Nasib baiklah floor perempuan shj. Air dalam tuu. Sejuk yakmat.. Petangnya jalan-jalan around BFSU. Best sangat. Hijau je sekeliling. I love greenview. :) Budaya di sini, diorang suka riadah. Penuh je dekat taman dan gelanggang bola keranjang. Bangunan dan kereta dekat sini tak mcm Malaysia. Dull je, takde colourful2 mcm kita.Harga brg pulak lebih kurang kita jerr. Makanan disini pulak rasa macam makanan hospital ==''. Tawar je. Tapi ada je yang sedap. Masakan seakan-akan ayam kicap. #Beijingherewego!

2nd August
Pagi nie hujan renyai-renyai. Hari ini melawat ke Summer Palace. Ada seorang pemandu pelancong yang guide kami. Kami dibawa melawati bangunan2 istana melambangkan identiti kecinaan. Orang Cina ni cukup bangga dengan culture diorang. Perjalanan ke sana dari BFSU tak sampai sejam. Keadaan dekat situ sangatlah sesak dengan pelancong dari serata tempat. Kagum dgn binaan istana di situ. Istana berwarna merah, menurut org Cina disitu terdapat sebuah lagenda di sebalik istana tu. Info yang diberi-hampir 400 ribu pokok yg terdapat di sekitar Summer Palace. Kami juga menaiki bot untuk menyeberang ke daratan sebelah sana. (RMB15) Cuaca panas yakmat. Nasiblah dah prepare sunglases, topi bagai. Haha. XD Kami lunch di sebuah restoran halal. Okey, pakai chopstik. >,< Kebanyakkan masakan Cina mesti guna kicap dan sos. Then, gi shopping selama 2 jam untuk cari keperluan apa2 yg nak guna selama sebulan dekat sini. Harga berpatutan, cumanya susah sikit nak cari barang halal. huuhu. #Beijingherewego!

3rd August
Hari nie perhimpunan. Cikgu BFSU 'welcoming speech'. Cikgu Fj berucap mewakili rombongan UM. Kami semua berpakaina kebangsaan. Ada yang siap bersampin. ;) hehe. Dah mcm raya pulak. Kelas bermula sebaik selepas perhimpunan tamat. Chen Laoshe mengajar pada sesi pertama dan Li Laoshe pada sesi kedua. Hari nie belajar pasal initial dan tones Hanyu (bhs Mandarin). Petangnya cuma rehat. Dapat perkataan baru hari ini. :) Ptg tu sajelah, ai dgn Mira merayau ke tingkat 6, ada makcik tu "soal selidik".  Kami dahla tak fhm apa. Dia pun tak faham. Jeling semacam je dia. Ingat kami nak mencuri kot. Last2 kami senyum pastu blahh.. k bye. #Beijingherewego!

4th August
Hari ni kelas seperti biasa. Laoshe Li dan Chen ajar perkataan2 baru dan ayat2 penting dalam seharian. Cara buat ayat dsbnya. Petangnya kami belajar 'Chinese Paper Cut'-seni tradisional orang Cina. Menurut Laoshe, paper cut ni asalnya tingkap yang diperbuat drp kertas. Tujuannya adalah untuk mencantikkan tingkap. Maka dibuat keratan2 menarik dengan motif bunga, binatang spt panda, kuda (mcm binatang dekat kalendar kuda). Tapi, sekarang ni paper cut cumalah untuk souvenir, hadiah ataupun ucapan kpd sahabat dan sanak saudara. Nice experience! Terhasillah panda yang comel.~ >,< hehe

5th August
Malam tu, jalan2 area BFSU sebab siang panas sangat. Malam tu sejuk. Jalan2, window shopping. (dengan Ana, sue, miru, mira, una). Beli cermin comel (RMB12) sebab dalam bilik takde cermin. Best jenjalan je malam tu..Tengok suasana Beijing. Banyak rupanya kedai buah2an di sekitar BFSU. Lepas tu kami singgah underground chaoshi. Hmm, tapi susah nak jumpa barang halal. Kami balik apartment bila dah agak lewat.

6th August
Kelas seperti biasa. Petangnya, kami sekelas belajar mengenai ilmu pengetahuan pasal teh dan seni teh Cina. Teh terbahagi 6 jenis mengikut rasa dan warna. Dan kami berpeluang untuk merasai minuman teh merah- tawar. Lepas tu kami belajar seni teh-lekat2 teh dekat kertas. Alaaa.. mcm gunting2 kertas pastu lekat dekat gbr plain. *masa tadika dulu ada buat :P. Ai dapat bentuk swan. hehe. Malamnya kami keluar beramai-ramai makan mee sup- dekat restoran halal. Fuhhh, sedapp mee dia.. 1 mangkuk RMB10. Area BFSU ja. Yang lagi best ada Meiguoren (muslim) nie tolong bayarkan. Dia belanja. Sungguh baik hati. Sedekah barangkali. <3

7th August
Wuuu, sedar tak sedar dah seminggu dekat sini. Cepat masa berlalu. Hari nie pergi Masjid dgn student Malaysia. Diorang yang guide kami sekumpulan.Tapi hari nie, nasib ai agak malang. T.T.. Gini ceritanya, kami bertolak menaiki subway nak ke Masjid Niujie *masjid tertua di China. Masa nak naik train tu, setiap orang kena lalui scanner. Dah mcm airport pulak. Tiit.tittt.tttiiiit. Masa ai lalu pulak bende alah tu bunyi. Mana ada aii bawa atom ke pistol ke..huhu. cuak habis masa tuu.. Kena tahan. Rupanya pasal sunblock spray aii. Nampak tak sangat menjaga kulit? haha :P. Spray tu flammable. So, barang ajaib tu dirampaasss. hmm. sedih kott. Ai beli mahal kot. Mood ai hari tuuu moody terus.  Nangis kot. Hmm, dahla sini panass.. Takde benda ajaib tu.. hmm. Dengan moody, kami gerak ke Masjid Niujie-masjid tertua di China. Terserlah kecinaan masjid tuu. Dengan warnanya merah dan bentuk bumbung melengkuk ke atas. Yang menarik dekat sini, ramai jemaah wanita. Tidak seperti di Malaysia. Uniknya lagi, jemaah wanita yang tak pakai stokin-diberi stokin untuk tutup aurat sms dalam kawasan masjid. Masjid juga sediakan kerusi dan meja untuk jemaah yang uzur. Bagussnyya. Jemaah disitu pelik kami bertelekung, sebabnya mereka cuma pakai baju besar dan berstokin. Waktu balik, kami singgah shopping di Muslim Supermarket. Banyak barang halal. Beli la sikit2 keperluan. Sampai stesen subway mula2 tadi, aii pergilah cuba mintak balik barang ajaib tuu. Hmm.. barang rampasan dibawa ke HQ. Sedih double! T.T T.T Sedih yakmat. Huwaaaa.... ==''

8th August

Hari ini kami dibawa melawat ke Forbidden City dan National Museum. Bangunan FC tersergam indah. Forbidden City nie kawasan pertahanan Beijing la kiranya. Mana-mana ada je tentera di sekitarnya. Beratus meter juga jelajah satu demi satu bangunan.  Beratur panjang nak masuk ke Kota Larangan. Dahla ada 'imigresen' spotcheck.  Kebanyakkan tempat memang dikawal ketat.. Yang menariknya, askar2 China kawad tengah2 orang ramai dekat Dataran Tianmen. National Museum pun sama-dikawal ketat.  Muzium dia rasanya 10x besar daripada muzium kita. Besar yakmat. besar dia mungkin 3-4x ganda besar mall kita. Yelahh, kan ramai rakyat dia.. Kalau kecik tak muat pulak. Muzium pun dipenuhi orang ramai.  Memang lenguh round dia punya muzium. Tak habis pun pusing. Terlalu besar dan masa agak terhad.  Lenguh berjalan seharian ni.. Tapi, balik je BFSU.. Aii ajak Aziz pergi cari sunblock. Nasib baiklah dia sudi temankan-ada Watson dekat Weigongchun. 4 destinasi drp BFSU. *satu train jerr* Terpaksa beli jugak sebab cuaca terlampau ekstrim. Huhhh.. Penat tapi seronok~~ Weee~

9th August
Arini kami semua berpakaian baju kebangsaan,-melawat rumah En Rodzi (Duta Education of Malaysia). Kami menaiki subway  ke rumahnya. Kami dijamu masakan Melayu. Allahu, nikmatnya Allah yang tahu masa tu.. baru faham perasaan orang tinggal abroad dapat belacan. hehe. Alhamdulillah, kami dilayan sangat baik dan mesra oleh keluarganya. May Allah bless you, Dr. Rodzi sekeluarga. ^,^

10th August 
Kelas seperti biasa. Makin lama makin seronok belajar bahasa asing. Mungkin sebab Laoshe pandai interact dan method yang dia guna jadi menarik. Arini dah boleh bina sentence yang pendek dan simple. Tapi pinyin jela....Menulis memang tak la.. Malamnya, Fj adakan 1st meeting untuk improve program outbound. So, take note kelemahan untuk diperbaiki. Yelah, datang sini bukan je nak enjoy tapi bawa nama UM, nama Malaysia.. Yang bestnya, ada kenangan yang takkan boleh dilupakan- kami semua terperangkap dekat hall "Kepala Batu". Guard dh kunci. Rupanya hall tu tutup pukul 9pm. haa, menggelabah laaa jadinya.. haha. Kebetulan ada guard lalu, kami pun lambai2 la tangan mintak tolong, dia lambai2 balik sambil tersenyum. ahahaah :3 sudahhh~~~ dia tak paham yang kami terperangkap! Last2 dia faham jugak. Dia call master guard untuk buka pintu hall. hahaah.. Nasib baiklah kalau tak bermalam dalam tu lh jawabnye.. XD XD

11st August
 Laoshe Chen marking homework. "Hen Hao"-sangat baik. Dia tulis dekat buku latihan. hahaha. seronok2. Petangnya, kami belajar membuat lukisan cina-guna berus dan ink (macam dalam cite cina tu) Aii lukis bunga teratai dan karakter Ji Yue Ru- nama diberi semasa di China. Lukisan?? Emm.. takde la cantik tapi takla buruk. kehkeh.. haha Bestt! Pengalaman yang menyeronokkan. I start love Beijing. <3

12nd August
Kelas macam biasa. Petangnya keluar makan dan riadah dekat tasik BFSU. fuhh fefeling jee.. Angin sepoi-sepoii bahasa. Tasik ni dekat dengan library BFSU.

13rd August
CLC macam biasa. Li Laoshe check zuoye(homework). Sebabkan nak advance sangat gugel la nak buat sentence.. Tersalah guna. Yabai-maksudnya putih untuk gigi. Tersalah guna untuk describe aiskrim. haha. Semorang gelak. Petangnya, kami belajar buat kipas cina daripada kertas. Laoshe hadiahkan setiap orang kipas cina. Yang best boleh request nak lukis dan tulis apa dekat atas tu.. Request motif bunga dan bamboo.. Wuuu. hen piaoliang!~ sgt cantik. dengan karakter Ji Yue Ru. Xie xie Laoshe!


14th August
CLC mcam biasa. Laoshe Chen cuma revise apa yang dipelajari. Pelajaran baru tentang warna Yahse (warna) dan jenis pakaian. Lepas dari kelas, aii dengan Mira ikut Cikgu Fj and the gang pergi masjid berdekatan. Ni lah peluang untuk tengok negara dan budaya orang lain. Kami menaiki bas RMB2. Masjid dipenuhi jemaah lelaki dan perempuan. Yang menarik perhatian di luar pekarangan masjid, ada orang jual buah2an dan manisan. Sedap manisan tu... rasa dia macam kacang tumbuk, tapi lagi sedap.. ada campuran kacang dan kismis. Dijual dalam paket dan ada yang beli timbang kilo. Lepas tu kami singgah ke supermarket berdekatan untuk beli apa yang patut. 

15th August
Harini paling excited! The Great Wall- tempat wajib kalo dah sampai Zhongguo. Allahu, cantiknya view. Bukit bukau yang menghijau. Great Wall ni sebenarnya benteng pertahanan pada zaman dahulu. Kini, ianya menjadi satu tempat tarikan pelancong dari serata dunia. Mengahhh panjat tangga. Berpeluh2 naik tangga dengan cuaca pulak terik. Tapi seronok yakmat. Mungkin pengalaman sekali dalam seumur hidup naik Great Wall nie. Larat naik sampai Hentian 8 je. Ada yang panjat sampai hentian 9-10. Tak larat dah amboo.. Balik je, beli souvenir untuk kenangan. Beli kat Abah, trademark Great Wall. *tacing* Rindu Abah. 
Petangnya, kami bergerak ke bangunan Olympic Bird Nest dan Water Cube. Panasssnya Ya Rabb. Macam matahari atas kepala je.. Cantik dan unik bangunan OBN-mcm sarang burung yg besar. Ramai orang dan mana2 pun mesti ada je orang berniaga. Keychain, aiskrim--mmg otak bisnes dorg ni.. Balik tu rasa macam nak demam. Terlampau panas.. =='' huhuhu
tapi seronok! #Beijingherewego!

16th August
Hari nie freetime. So group kami decide untuk pergi shopping dekat Tianmen. Shopping beli souvenir dekat Mak, akak2, budak tecik-Riezq dengan Noneen pun beli jugak. Tak sabar nak tengok budak tecik tu pakai cheongsam. Mesti comel. hehe. *harap muatlah* :)

17th August
Hari nie lepas kelas, kami melawat Embassy Malaysia. Kami disambut oleh En. Aziz dan Dr. rozi selaku pengarah Embesi Edu. Msia. Kami dihidangkan makanan selera Malaysia; kari, sambal belacan apa semua.. wuu. Hilang giann.  Embesi ni tujuan dia untuk promote edu malaysia dan memantau anak2 Msia yang belajar di China. 

18th August
Kelas seperti biasa. Laoshe Li review contoh solan exam Hanyu. Lagi seminggu nak exam. Hopefully everything will be okay. Ameen. Petangnya kami belajar mengenai lagu rakyat Cina; seni penting dalam kaum Cina. Lagu rakyat dikombinasikan puisi, lagu, tarian dsb. (kalau kita macam gurindam, pantun lh kot). Lagu rakyat diwarisi oleh mereka banyak dipengaruhi kebudayaan Buddist dan Islam. Hen gaoxing ! Cikgu Liang Yao, yang coordinate kelas ni, dia menyanyi. Sedappp. Macam dengar kat Opera Cina dah feeling dia. 

19th August
Hari ni kelas mcam biasa. Tapi, hari ni demam. So, ponteng. Pergi sekejap je. Pukul 10am balik bilik. Sebab dah tak larat sangat dah. Petangnya, kawan-kawan pergi melawat ke China International Radio (CIR). Tapi, ambo berhuhu je kat bilik. Get well soon to myself :'(. p/s : thanks to Mir, sebab dabao nasi dekat shitang.








No comments:

Post a Comment