Monday, 14 December 2015

Malam Penghargaan Dayasari 2014/2015.
Tahun ini merupakan tahun kedua Za jadi AJK dinner kolej, macam-macam dugaan yang melanda. Tapi, Alhamdulillah.. Memang penat tapi sangat memuaskan hati. Tema dinner kali ni "A night to remember : The Legend of Golden Warriors", tema ni ala-ala zaman Kesultanan Melayu Melayu yang memperlihatkan kegemilangan bangsa Melayu pada ketika itu.






Bercakap pasal Jodoh. CEPAT VS LAMBAT.
Persepsi orang macam-macam:
Situasi 1 : (Kahwin awal)
Ramailah yang akan kata "gataii aihh", "tak menyempat", "keja la apa dulu".. "muda lagi"..
Situasi 2 : (Kahwin lambat)
"Bila nak kawin?" "Tak kawin pun takpaa, tak mati aih".. "Janganlah memilih sangat".... "Fikir kerja dlu, yang tu kemudian..." "Aku tak macam orang lain, aku nak kerja dulu..."
Dan banyak lagilahh..
Dan ada antara kita berfikir seperti ini:
"Kenapa aku tak kawin-kawin lagi, ramai kawan aku dah kawin?"
Sebenarnya, tiada istilah kawin awal dan tiada kawin lambat. Sama seperti ajal maut. Tiada cepat atau awal.
Allah is The Best Planner. Percayalah.
Perancangan-Nya sebaik-baiknya. Ada hikmah masa mana yang terbaik untuk kita. Bagi seseorang yang kawin awal.. Kenapa? Dia dah bersedia. Bagi yang belum kawin pula kenapa? Dia belum bersedia. Bersedia ni bukan sahaja dalam konteks kewangan, kena tahu hal rumahtangga ja. Segala-galanya kena bersedia.
Sebab apa? Perkahwinan adalah tanggungjawab. Bukan senang nak hadapi. Ada hikmahnya. Fikir beberapa kemungkinan.
Mungkin kita belum sampai waktunya, sebab ada perkara-perkara yang kita kena ubah. Sikap dengan ibu bapa, sikap dengan orang lain, sikap diri sendiri dsbnya. Andai keadaan belum bersedia, kemungkinan besar akan terjadinya pergolakkan rumah tangga.
Jadi, fikir pro dan kontranya. Percayalah. Allah sebaik-baik Perancang.
p/s: Ramai pulak yang tanya, bila nak kawin. (mungkin sebab post g kursus kahwin kot). Jawapannya, Wallahuallam..bila tiba masanya, In shaa Allah. Allah yang tahu. Tak tahu jodoh atau ajal yang menjemput dahulu.
Image result for istri salam suami

Thursday, 9 April 2015

BADIK- Short Weapon used by Malay Community

Tuah keris satu keluarga, 

tuah badik satu negara


‘Sudah keluar dari sarungnya pantang untuk dimasukkan sebelum meminum darah’.
'It is out of the holster taboo to put before drinking the blood'.
 BADIK merupakan senjata pendek yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Umumnya, terdapat tiga variasi yang utama iaitu badik Sulawesi, badik Jawa dan Badik Sumatera. Secara fizikalnya, badik mempunyai mata tajam hampir sama seperti tumbuk lada, tetapi lurus dan tidak berkeluk. Panjang badik adalah antara 18-22cm dan lebarnya adalah 2cm. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing tirus ke hujung. Mata badik bersifat rapuh. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu keras, gading atau tanduk yang disalut dengan lapisan logam perak yang diukir menggunakan motif awan larat.

 BADIK is short weapon used by the Malay community. Generally, there are three main variations of badik Sulawesi , badik Java and badik Sumatra. Physically, badik have sharp eyes almost like mashed pepper, but straight and not curved. Badik is between 18-22cm long and its width is 2cm. Badik have eyes in the back thick and tapering to a pointed tip. Badik eyes are fragile. Hilt and scabbard made of hard wood, ivory or horn are coated with a layer of silver metal engraved with cloud motif.
The Badik is belonging to Asian Art Museum, University Malaya.
Badik was decorated with cloud motif.

Dalam masyarakat Melayu tradisional, badik digunakan untuk membela diri dalam mempertahankan harga diri seseorang atau keluarga. Badik yang bertujuan untuk mempertahankan diri, matanya disaluti racun. Kononnya, seseorang yang terkena badik dikatakan tidak akan mampu bertahan dalam jangka masa 24 jam. Biasanya badik disisipkan di pinggang atau dimasukkan dalam gulungan kain bengkung di pinggang. Kain bengkung tesebut dari jenis patola yang dikenali sebagai “kain cindai”.


In traditional Malay society, badik used for self-defense in maintaining the dignity of a person or family. Badik, which aims to defend himself, badik eyes coated with poison. Supposedly, someone who is infected with poison would not survive within 24 hours. Badik usually inserted at the waist or included in the roll of fabric bent at the waist. Cloth girdle of these patola type known as "kain cindai".

 Badik Sumatera's sheath made of wood and carved with traditional motifs.

 Badik's sheath made of horn and decorated by silver.

Coated poison on badik points.

Badik Bugis,banana heart shaped type on badik points.

Selain itu, ada pula badik yang berfungsi sebagai benda pusaka,seperti badik saroso yang memiliki nilai sejarah. Ada pula sebagian orang yang meyakini bahawa badik berguna sebagai azimat yang berpengaruh pada nilai baik dan buruk seseorang. Terdapat pelbagai jenis badik antaranya ialah Badik Lagecong, Badik Raja, Badik Luwu dan lain-lain. Terdapat badik tertentu memiliki keistimewaannya tertentu seperti badik lagecong iaitu dikenali sebagai badik perang yang dikatakan senjata lain akan tewas dengan badik tersebut.

In addition, there are badik , which serves as heirlooms, such as Badik Saroso that have historical value. There are also some people who believe that badik useful as an amulet that affect the good and the bad one. There are various types of daggers, among which are Badik Lagecong, Badik Raja, Badik Lagecong, Badik Luwu and others. There are certain badik have certain privileges which is known as the dagger lagecong alleged war other weapon will be killed with that.


References:

1.Gerald B. Keris and Other Malay Weapons.(2009). Bangkok. Orchid Press.
2. Seni Dalam Senjata Melayu. (1988). Kuala Lumpur. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
3.http://ingintau2.blogspot.com/2012/04/badik-badik-mengerikan-dari-bugis.html
4.http://www.republika.co.id/berita/nasional/umum/13/11/03/mvp1o7-badik-senjata-khas-masyarakat-bugis-makassar



Monday, 16 March 2015

~Negeri Perlis Indah lagi Mempersona, Kesenian Tradisional Akar Peribadi Bangsa~


Riuh Kelasi bergurau senda,
Duduk di pangkal pohon markisa,
Dipelihara diwarisi kesenian yang ada,Agar kekal budaya bangsa.


Gendang Tarinai, Perlis


"PERLIS, State Pretty Again Charm " , is the most appropriate expression to portray the beauty and peace of Perlis . With lush and lovely landscape , offering something interesting for nature lovers of peace .Perlis is a country that is so rich in traditional culture . Historically , states that ' Indah.Permai Again ' is a fortunate deployment and development of traditional culture spearheaded by two kings who were interested in the arts.Various aspects of the arts flourished and spread from the palace to the villages of creative work culture activists. The arts are not only performed in the palace, but also to the people, all over the country, especially the arts has always dance and music performances Tarinai, tambourine, Nobility and Beduan.The origin of the name Gendang Tarinai originally known as the "Gendang Keling" .But now better known as a Gendang Tarinai. It is one of the arts that are in Perlis and so popular not only among the people, even to the palace."

Pemain gendang Tarian berbaju Melayu lengkap ketika majlis berlangsung.



PERLIS, "Negeri Permai Lagi Mempesona",merupakan ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam. 

NEGERI PERLIS merupakan sebuah negeri yang sungguh kaya dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang 'Permai Lagi Indah' ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisionalnya dipelopori oleh dua orang raja yang begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hingga ke desa-desa hasil kreatif para aktivis budaya. Kesenian-kesenian itu bukan saja dipersembahkan di istana, malah juga kepada rakyat jelata, seluruh pelusuk desa khususnya kesenian yang berunsurkan persembahan Tarian dan muzik Tarinai, Hadrah, Bangsawan dan Beduan.

Asal usul nama Gendang Tarinai asalnya dikenali sebagai "Gendang Keling".Tetapi kini lebih dikenali sebagai Gendang Tarinai. Ia merupakan salah satu kesenian yang terdapat di Negeri Perlis dan begitu popular bukan sahaja dalam kalangan rakyat, malah hingga ke istana. 

"Gendang Keling" atau "Gendang Tarinai" ini dipercayai daripada pengaruh kesenian atau permainan orang-orang India (Keling) yang datang ke Tanah Melayu. Ini kita boleh lihat daripada alat-alatan yang digunakan iaitu gendang dan serunai. Ini suatu kemungkinan keseniam ini dinamakan "Gendang Keling". Meskipun begitu, kerana tidak ada ketentuannya, maka berkemungkinan, maka mungkin juga nama itu diberikan lantaran gendang yang digunakan itu berkeliling. Mungkin dari perkataan 'keliling' itu diringkaskan sebutannya menjadi 'keling', kebetulan pula ketika ahli-ahli kumpulan ini mempersembahkan kesenian ini duduk berkeliling. Antara dua faktor itulah dinamakan 'Keling'.



Alat-alatan Gendang Tarinai
Pak Cik Romli menggesek biola dalam majlis perkahwinan*
(Transformasi gendang Tarinai kepada tempo muzik moden)


Pemain2 gendang tarinai bukan sahaja bermain untuk majlis kerakyatan malah majlis adat istiadat di Istana.


Kumpulan Gendang Tarinai Pak Cik Romli

      Terdapat juga sebuah cerita lagenda daripada seorang tokoh Gendang Tarinai yang terkenal di Negeri Perlis, Encik Junid bin Ali, menceritakan kononnya terdapat seorang lelaki mencari kayu api di dalam hutan. Dia telah tersesat dalam hutan tersebut. Ketika itulah, dia mencari jalan pulang, lelaki tersebut terjumpa sebatang kayu mati. Dia memotong di pangkal kayu tersebut, didapati berlubang di tengahnya. Kemudian dia memotong pula di hujung kayu itu, begitu juga terdapat lubang di tengahnya.
     Dua batang kayu tersebut dibawa pulang lalu diikat dengan belulang lembu di kedua-dua belah kayu tersebut, menjadikan gendang. Kedua-dua gendang itu dinamakan 'pengibu' dan 'penganak'. Kemudian lelaki tersebut membuat pula serunai daripada batang buluh. Dia mengajar beberapa orang rakannya memukul gendang dan dia sendiri meniup serunai. Kumpulan tersebut memberi nama "Gendang Keling" kerana duduk berkeliling, Semenjak itulah permainan tersebut dimainkan di merata-rata kampung sebagai hiburan kepada masyarakat ketika itu.
     Kesenian ini sebenarnya merupakan suatu persembahan muzik iaitu bunyi-bunyian sahaja, tanpa nyanyian dan tarian. Namun begitu, corak persembahan dan tempo lagu-lagunya merupakan keaslian Melayu sejati. Tambahan pula, persembahan ini ditambah dengan dua biji gong, sedangkan kesenian orang-orang India tanpa gong. Kerana itu jelaslah kesenian ini merupakan kesenian Melayu Asli.
Pemain-pemain Gendang Tarinai menghiburkan para hadirin tetamu di sebuah majlis perkahwinan 
di Kg. Kurong Tengar,Perlis.

Pemain terdiri daripada pemain gendang, pemain gong dan pemain serunai.

 Salah seorang sahabat Pak Cik Romli bermain gendang Tarinai.

"Fungsi utama persembahan Gendang Tarinai untuk menghiburkan hati para tetamu 
dalam sesuatu majlis terutama kenduri perkahwinan".


       Suatu ketika dahulu apabila mengundang atau 'sambut' permainan, terutama sekali di rumah-rumah kenduri perkahwinan, ia dimainkan sehari semalam sebagai hiburan kepada para tetamu dan pekerja yang menghidangkan makanan. Tempat persembahan Gendang Tarinai ini ialah di dalam sebuah bangsal atau di atas balai, lazimnya di rumah-rumah kenduri perkahwinan. Sekeliling bangsal atau di atas balai itulah para penonton menikmati lagu-lagu persembahan Gendang Tarinai.

      Fungsi utama persembahan Gendang Tarinai ini ialah untuk menghibur hati para tetamu yang berkunjung ke rumah kenduri perkahwinan itu. Suatu ketika dahulu, kesenian ini dipersembahkan sepanjang malam ketika dahulu sanak saudara dan sahabat handai menyiapkan masakan seperti menyiang daging, mengukur kelapa, membuat kerisik dan sebagainya. Fungsi kedua Gendang Tarinai ini adalah sebagai iringan muzik bagi sesebuah tarian iaitu "Tari Inai" atau "Tarinai" yang ditarikan di hadapan pengantin atau pelamin ketika pengantin perempuan 'diinaikan', biasanya pada waktu malam kerana esoknya akan disambut oleh pihak pengantin lelaki.
     
       Kini terdapat beberapa kumpulan Gendang Tarinai yang masih lagi aktif seperti Kumpulan Gendang Tarinai di Kampung Teluk Jambu, Bintong, Perlis; Kampung Nisam, Pokok Sena, Kampung Santan, Kampung Tok Kuning dan Kampung Behor Mempelam, Perlis. Gendang Tarinai ini masih dimainkan terutamanya ketika majlis perkahwinan. Disini saya sertakan nombor telefon pemain utama/tekong Gendang Tarinai: (mungkin anda berminat untuk perkhidmatannya)


  1. Pak Cik Romli Mahmud (016-4928879)
  2. Pak Nyiang Gendang (017-5779020)
 Di antara lagu-lagu yang sering dimainkan dalam persembahan:
  • Mula pasang
  • Cang Dua
  • Cang Tergantung
  • Menyembah Duli
  • Oleh-oleh
  • Gong Panjang
  • Canggung
  • Cinta Sayang
  • Bonda Perlis (*kini juga dimainkan dalam tempo lagu2 moden)
Alat-alatan dan pemainnya:
Ahli-ahli pemain Gendang Tarinai terdiri daripada lima orang yang memainkan alat muzik atau bunyi-bunyian. Pakaian ahli-ahli pasukan Gendang Tarinai biasanya memakai baju Melayu selengkapnya dan bersongkok.
  • Serunai
  • Dua biji gendang
  • Dua biji gong








       Kini, jelas kepada kita bahawa Gendang Tarinai merupakan suatu pusaka yang patut kita pelihara sebagai warisan bangsa, Kesenian ini pula hanya terdapat di negeri Perlis dan Kedah. Inilah warisan kita, semoga warisan ini akan terus kekal sepanjang zaman.~

# p/s : Penggunaan biola menggantikan serunai untuk tempo muzik moden mengikut permintaan semasa/tuan rumah kenduri perkahwinan.
# Gendang tarinai juga dimainkan bersama pertunjukan silat pada masa kini bagi memeriahkan majlis. (majlis keramaian ataupun majlis di istana)


Rujukan :

Mohd Ghouse. Tarian Melayu. (1994). Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rejab. Sejarah Perkembangan Tarian Tarinai Perlis. (2003). Perlis. Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis.















Hai, nama saya Gulzar Md Jasin. Boleh panggil Guza, Za, ade jugak kawan panggil Che' Ja.. Zaza..Jaja.. apa2lah jelah~ Kalau first time orang dengar nama Za, mesti akan ada soalan2 yang aneh a.k.a pelik.. Eh, nape nama awak macam tu? Tak pernah dengar pun. Mana dapat nama mcm tu.. =.=''. Susah nak jawab. Dulu masa sekolah rendah, tak suka dengan nama sendiri..tp bila besar, suka pulak. hehehe.. Rasa sweet je. Like a candy. hehe.. Okey, Za nie suka juga menulis, baca novel dan tengok movie.. dan yang paling2 suka pergi melancong. Best sangat.. Release tension. >,<.  Okeylah.. mcm banyak lak potpet2.Welcome to my blog.. Salam ukhuwah fillah abadan abada.