Riuh Kelasi bergurau senda,
Duduk di pangkal pohon markisa,
Dipelihara diwarisi kesenian yang ada,Agar kekal budaya bangsa.
"PERLIS, State Pretty Again Charm " , is
the most appropriate expression to portray the beauty and peace of Perlis .
With lush and lovely landscape , offering something interesting for nature
lovers of peace .Perlis is a country that is so rich in traditional culture .
Historically , states that ' Indah.Permai Again ' is a fortunate deployment and
development of traditional culture spearheaded by two kings who were interested
in the arts.Various aspects of the arts flourished and spread from the palace to the villages of creative work culture activists. The arts are not only performed in the palace, but also to the people, all over the country, especially the arts has always dance and music performances Tarinai, tambourine, Nobility and Beduan.The origin of the name Gendang Tarinai originally known as the "Gendang Keling" .But now better known as a Gendang Tarinai. It is one of the arts that are in Perlis and so popular not only among the people, even to the palace."
|
Pemain gendang Tarian berbaju Melayu lengkap ketika majlis berlangsung. |
PERLIS, "Negeri Permai Lagi Mempesona",merupakan ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam.
NEGERI PERLIS merupakan sebuah negeri yang sungguh kaya dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang 'Permai Lagi Indah' ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisionalnya dipelopori oleh dua orang raja yang begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hingga ke desa-desa hasil kreatif para aktivis budaya. Kesenian-kesenian itu bukan saja dipersembahkan di istana, malah juga kepada rakyat jelata, seluruh pelusuk desa khususnya kesenian yang berunsurkan persembahan Tarian dan muzik Tarinai, Hadrah, Bangsawan dan Beduan.
Asal usul nama Gendang Tarinai asalnya dikenali sebagai "Gendang Keling".Tetapi kini lebih dikenali sebagai Gendang Tarinai. Ia merupakan salah satu kesenian yang terdapat di Negeri Perlis dan begitu popular bukan sahaja dalam kalangan rakyat, malah hingga ke istana.
"Gendang Keling" atau "Gendang Tarinai" ini dipercayai daripada pengaruh kesenian atau permainan orang-orang India (Keling) yang datang ke Tanah Melayu. Ini kita boleh lihat daripada alat-alatan yang digunakan iaitu gendang dan serunai. Ini suatu kemungkinan keseniam ini dinamakan "Gendang Keling". Meskipun begitu, kerana tidak ada ketentuannya, maka berkemungkinan, maka mungkin juga nama itu diberikan lantaran gendang yang digunakan itu berkeliling. Mungkin dari perkataan 'keliling' itu diringkaskan sebutannya menjadi 'keling', kebetulan pula ketika ahli-ahli kumpulan ini mempersembahkan kesenian ini duduk berkeliling. Antara dua faktor itulah dinamakan 'Keling'.
|
Alat-alatan Gendang Tarinai |
|
Pak Cik Romli menggesek biola dalam majlis perkahwinan*
(Transformasi gendang Tarinai kepada tempo muzik moden) |
|
Pemain2 gendang tarinai bukan sahaja bermain untuk majlis kerakyatan malah majlis adat istiadat di Istana.
Kumpulan Gendang Tarinai Pak Cik Romli
Terdapat juga sebuah cerita lagenda daripada seorang tokoh Gendang Tarinai yang terkenal di Negeri Perlis, Encik Junid bin Ali, menceritakan kononnya terdapat seorang lelaki mencari kayu api di dalam hutan. Dia telah tersesat dalam hutan tersebut. Ketika itulah, dia mencari jalan pulang, lelaki tersebut terjumpa sebatang kayu mati. Dia memotong di pangkal kayu tersebut, didapati berlubang di tengahnya. Kemudian dia memotong pula di hujung kayu itu, begitu juga terdapat lubang di tengahnya.
Dua batang kayu tersebut dibawa pulang lalu diikat dengan belulang lembu di kedua-dua belah kayu tersebut, menjadikan gendang. Kedua-dua gendang itu dinamakan 'pengibu' dan 'penganak'. Kemudian lelaki tersebut membuat pula serunai daripada batang buluh. Dia mengajar beberapa orang rakannya memukul gendang dan dia sendiri meniup serunai. Kumpulan tersebut memberi nama "Gendang Keling" kerana duduk berkeliling, Semenjak itulah permainan tersebut dimainkan di merata-rata kampung sebagai hiburan kepada masyarakat ketika itu.
Kesenian ini sebenarnya merupakan suatu persembahan muzik iaitu bunyi-bunyian sahaja, tanpa nyanyian dan tarian. Namun begitu, corak persembahan dan tempo lagu-lagunya merupakan keaslian Melayu sejati. Tambahan pula, persembahan ini ditambah dengan dua biji gong, sedangkan kesenian orang-orang India tanpa gong. Kerana itu jelaslah kesenian ini merupakan kesenian Melayu Asli.
Pemain-pemain Gendang Tarinai menghiburkan para hadirin tetamu di sebuah majlis perkahwinan
di Kg. Kurong Tengar,Perlis.
Pemain terdiri daripada pemain gendang, pemain gong dan pemain serunai.
Salah seorang sahabat Pak Cik Romli bermain gendang Tarinai.
"Fungsi utama persembahan Gendang Tarinai untuk menghiburkan hati para tetamu
dalam sesuatu majlis terutama kenduri perkahwinan".
Suatu ketika dahulu apabila mengundang atau 'sambut' permainan, terutama sekali di rumah-rumah kenduri perkahwinan, ia dimainkan sehari semalam sebagai hiburan kepada para tetamu dan pekerja yang menghidangkan makanan. Tempat persembahan Gendang Tarinai ini ialah di dalam sebuah bangsal atau di atas balai, lazimnya di rumah-rumah kenduri perkahwinan. Sekeliling bangsal atau di atas balai itulah para penonton menikmati lagu-lagu persembahan Gendang Tarinai.
Fungsi utama persembahan Gendang Tarinai ini ialah untuk menghibur hati para tetamu yang berkunjung ke rumah kenduri perkahwinan itu. Suatu ketika dahulu, kesenian ini dipersembahkan sepanjang malam ketika dahulu sanak saudara dan sahabat handai menyiapkan masakan seperti menyiang daging, mengukur kelapa, membuat kerisik dan sebagainya. Fungsi kedua Gendang Tarinai ini adalah sebagai iringan muzik bagi sesebuah tarian iaitu "Tari Inai" atau "Tarinai" yang ditarikan di hadapan pengantin atau pelamin ketika pengantin perempuan 'diinaikan', biasanya pada waktu malam kerana esoknya akan disambut oleh pihak pengantin lelaki.
Kini terdapat beberapa kumpulan Gendang Tarinai yang masih lagi aktif seperti Kumpulan Gendang Tarinai di Kampung Teluk Jambu, Bintong, Perlis; Kampung Nisam, Pokok Sena, Kampung Santan, Kampung Tok Kuning dan Kampung Behor Mempelam, Perlis. Gendang Tarinai ini masih dimainkan terutamanya ketika majlis perkahwinan. Disini saya sertakan nombor telefon pemain utama/tekong Gendang Tarinai: (mungkin anda berminat untuk perkhidmatannya)
- Pak Cik Romli Mahmud (016-4928879)
- Pak Nyiang Gendang (017-5779020)
Di antara lagu-lagu yang sering dimainkan dalam persembahan:
- Mula pasang
- Cang Dua
- Cang Tergantung
- Menyembah Duli
- Oleh-oleh
- Gong Panjang
- Canggung
- Cinta Sayang
- Bonda Perlis (*kini juga dimainkan dalam tempo lagu2 moden)
Alat-alatan dan pemainnya:
Ahli-ahli pemain Gendang Tarinai terdiri daripada lima orang yang memainkan alat muzik atau bunyi-bunyian. Pakaian ahli-ahli pasukan Gendang Tarinai biasanya memakai baju Melayu selengkapnya dan bersongkok.
- Serunai
- Dua biji gendang
- Dua biji gong
Kini, jelas kepada kita bahawa Gendang Tarinai merupakan suatu pusaka yang patut kita pelihara sebagai warisan bangsa, Kesenian ini pula hanya terdapat di negeri Perlis dan Kedah. Inilah warisan kita, semoga warisan ini akan terus kekal sepanjang zaman.~
# p/s : Penggunaan biola menggantikan serunai untuk tempo muzik moden mengikut permintaan semasa/tuan rumah kenduri perkahwinan.
# Gendang tarinai juga dimainkan bersama pertunjukan silat pada masa kini bagi memeriahkan majlis. (majlis keramaian ataupun majlis di istana)
Rujukan :
Mohd Ghouse. Tarian Melayu. (1994). Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rejab. Sejarah Perkembangan Tarian Tarinai Perlis. (2003). Perlis. Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis.
|